Selamat
datang ke laman-web Falun Dafa di Malaysia – satu laman-web
yang telah direkabentuk dan dikendali sama sekali oleh pelatih-pelatih
Falun Dafa. Kami berharap di laman-web inilah anda dapat mula mengikuti
latihan Falun Dafa. Seluruh isi-kandungan laman-web ini - kecuali
penulisan pengasas – adalah ide-ide dan pandangan-pandangan
pelatih-pelatih Falun Dafa dan tidak boleh dianggap mewakili dasar
Falun Dafa. Kami berhasrat memperkenalkan latihan yang mengagumkan
ini kepada anda, dan kami berharap anda dapat meluangkan sedikit masa
untuk menerokainya dengan diri sendiri.
Falun Dafa adalah sejenis latihan yang telah membawa kesihatan yang
lebih baik, dan ketenteraman dalaman kepada berjuta-juta orang di
seluruh dunia. Kami namakannya sebagai sejenis "Latihan Pembinaan".
"Pembinaan" merujuk kepada bertambah baiknya hati dan minda
seseorang melalui penelitian prinsip-prinsip alam semesta yang berasaskan
kepada Sejati, Baik dan Sabar. "Latihan" bermakna membuat
gerak-badan dan bertafakul untuk menambahkan tenaga badan.
Mempelajari Falun Dafa adalah mudah. Latihannya amat mudah, amat
berkesan dan percuma sama sekali. Prinsip-prinsip utama Falun Dafa
ada dijelaskan dengan sepenuhnya dalam buku "Zhuan Falun",
dan dalam buku bagi mereka yang baru mula belajar "Falun Gong",
yang ditulis oleh Encik Li Hongzhi, pengasas Falun Dafa. Sama penting
bagi latihan ini ialah 5 set gerak-badan yang bersifat lemah-lembut,
termasuk satu latihan bertafakul dengan duduk bersila. Anda dapat
mempelajari kesemua ini dengan cepat dan mudah di mana-mana satu daripada
beribu-ribu tempat latihan di seluruh dunia.
Falun
Gong (juga dikenali sebagai Falun Dafa) adalah sejenis qigong kuno,
latihan memurnikan badan dan minda seserorang melalui gerak- badan
dan bertafakul. Seperti juga Taiji, qigong merupakan sebahagian penting
dalam kehidupan ramai orang di Asia. Ketika fajar menyingsing, hampir
setiap taman di Negara Cina dibanjiri orang yang melatih seni-seni
sedemikian.
Dalam 8 tahun sahaja sejak ianya diperkenalkan ke masyarakat, Falun
Dafa telah berkembang menjadi sejenis qigong yang paling popular dalam
sejarah Negara Cina. Ini adalah disebabkan oleh sifatnya yang amat
berlainan dengan qigong yang lain. Ianya bukan sahaja menitik-beratkan
pembinaan fisikal, tetapi juga mementingkan pembentukan akhlak seseorang
dengan mengikuti prinsip-prinsip yang lebih tinggi yang diajar oleh
Encik Li Hongzhi, pengasas Falun Dafa.
Kesan Falun Dafa dalam peningkatan kesihatan dan prinsip-prinsip ulungnya
dengan pesat telah menjadikan latihan ini amat popular di seluruh dunia.
Sejak ianya diperkenalkan kepada orang ramai oleh Encik Li pada tahun
1992, Falun Dafa telah menarik minat beberapa puluh juta orang di lebih
daripada 40 negara. Kebanyakan bandar-bandar dan universiti-universiti
utama di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Eropah mempunyai kumpulan
pelatih Falun Dafa aliran Bahasa Inggeris.
Mereka yang melatih Falun Dafa datang dari pelbagai golongan kerana
Falun Dafa menjangkau budaya, sosial, ekonomi dan batasan-batasan
negara. Keistimewaan ini tersebar dari mulut ke mulut kerana mereka
yang telah mempelajarinya biasanya akan mendapati faedahnya dan merasa
tidak sampai hati hendak mendiam diri.
Latihan
Falun Dafa adalah mudah, namun hebat dan berkesan. Ianya merangkumi
dua bahagian asas: perkembangan akhlak kendiri dengan mengaji ajaran
Encik Li dan melakukan 5 set gerak-badan yang lemah-lembut. Gerak-badan
yang merangkumi satu tafakul bersila amat mudah dipelajari, menyeronokkan,
melegakan dan membawa tenaga kepada badan. Ramai pelajar Falun Dafa
suka berkumpul dan membuat gerak-badan tersebut di luar rumah. Ajarannya
pula terkandung di dalam 2 buah buku, iaitu Falun Gong dan Zhuan Falun
yang boleh didapati dalam pelbagai
bahasa termasuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia.
Faedah melatih Falun Dafa amat banyak dan pelbagai,
seperti kesihatan yang bertambah baik, tenaga baru untuk menjernihkan
minda, melegakan tekanan dan membawa ketenangan fikiran. Falun Dafa
berbeza dengan kebanyakan latihan Qigong yang lain. Selain daripada
mencapaikan kesihatan dan ketegapan, ianya juga mencapaikan kearifan
dan keinsafan. Teras latihan ini ialah prinsip-prinsip alam semesta
yang ulung, iaitu Sejati, Baik dan
Sabar. Dengan mengaji buku-buku dan membuat gerak-badan
berkenaan, pelatih-pelatih berusaha untuk menjadi manusia yang lebih
baik dengan mengamalkan prinsip-prinsip ini dalam setiap perkara yang
dibuat oleh mereka.
Berjuta-juta
orang dari seluruh dunia telah memilih menjadikan Falun Dafa sebahagian
daripada kehidupan harian mereka. Mereka dapati ini adalah satu pelaburan
masa yang amat berfaedah dan menyeronokkan untuk mencapai kesihatan,
kebahagiaan dan kehidupan yang bermakna. Apa yang diperlukan ialah minda
yang terbuka dan hati yang rela. Falun Dafa tidak terlibat dengan politik,
tidak ada syarat-syarat, percuma, dan tidak terikat denagn sebarang
kewajipan atau keahlian. Bahkan semua bukunya boleh didown-load dengan
percuma. Kami mengalu-alukan anda mencuba dan merasai keistimewaannya
dengan diri sendiri.