“Cara yang maha agung ini adalah mudah dan senang.
Pada aras makronya, Falun Dafa hanya mempunyai beberapa pergerakan sahaja.
Tetapi apa yang dapat dibinakannya adalah pelbagai dan menyeluruh, dan
ianya dapat mengawal banyak aspek badan dan banyak lagi yang telah dibinakannya.
5 set gerak-badan itu akan ditunjukkan sekaligus kepada pelatih-pelatih
dari mulanya lagi. Pada peringkat awal-awal lagi, ianya akan membukakan
saluran-saluran di badan pelatih di mana tenaganya sudah tersumbat. Ia
menyerap tenaga dengan besar amaunnya dari alam semesta, memecat bahan-bahan
tidak berguna ke luar badan dalam masa yang singkat, membersih dan menyucikan
badan, meningkatkan taraf akhlak, menguatkan kuasa-kuasa luar biasa, dan
mengakibatkan badan mencapai tahap putih dan jernih. 5 set gerak-badan
ini adalah lebih tinggi mutunya daripada kaedah-kaedah biasa yang membinakan
pengelilingan tenaga atau pengelilingan langit besar dan kecil. Ianya
merupakan satu aliran pembinaan akhlak yang paling sesuai, paling pesat,
paling baik dan paling luar biasa.”
- dipetik daripada “Kaedah Agung Penyempurnaan
Falun Dafa”
5 set gerak-badan Falun Dafa bersifat lemah-lembut, perlahan
dan mudah dipelajari. Anda boleh membaca halaman ini untuk mendapatkan
satu gambaran sepintas lalu mengenai setiap set gerak-badan tersebut.
Sebenarnya, cara yang lebih mudah untuk mempelajari gerak-badan tersebut
ialah dengan mendapatkan tunjuk cara percuma dari tapak-tapak latihan
tempatan. Anda tidak perlu membuat sebarang temujanji terlebih dahulu.
Datang sahaja dan belajar. Anda amat dialu-alukan untuk mencuba dan menerokainya
dengan diri sendiri.
Gerak-badan Falun Dafa adalah seperti berikut:
Latihan 1: Buddha Menghulurkan Ribuan
TanganNya
Prinsip-prinsipnya
Teras latihan ini ialah meregangkan badan, melancarkan
bahagian-bahagian badan di mana tenaga-tenaga tersekat, menggerakkan tenaga
di dalam badan dan di bawah kulit, dan secara otomatik menyerap tenaga
dari alam semesta. Dengan itu, kesemua saluran saraf pelatih akan terbuka
sebaik sahaja dia mula berlatih. Semasa membuat latihan ini, badan seseorang
akan merasa panas dan merasai kewujudan medan tenaga yang kuat. Ini adalah
akibat daripada keregangan dan pembukaan saluran-saluran saraf di seluruh
badan.
“Buddha Menghulurkan Ribuan TanganNya” merangkumi
8 gerakan. Gerakannya amat mudah. Namun dari aspek makronya, ianya dapat
mengawal pelbagai hasilan yang akan wujud daripada latihan pembinaan akhlak
kelak. Pada masa yang sama, ianya dapat memudahkan pelatih-pelatih mencapai
satu taraf di mana dia akan dilindungi oleh medan tenaga. Pelatih mestilah
melakukan gerakan ini sebagai latihan asas. Biasanya gerakan ini dilakukan
sebelum membuat latihan yang lain. Ianya merupakan salah satu daripada
kaedah untuk memperkuatkan pembinaan akhlak seseorang
- dipetik dari “Falun Gong” oleh Encik Li Hongzhi
Latihan 2: Tafakul Berdiri Falun
Prinsip-prinsipnya
Tafakul Berdiri Falun merupakan tafakul menenteramkan yang
merangkumi 4 gerakan memegang Roda Fa. Dengan selalu melakukannya, saraf-saraf
seluruh badan pelatih akan terbuka. Ianya satu cara pembinaan akhlak yang
menyeluruh yang boleh meningkatkan kearifan, menambahkan kekuatan, meningkatkan
taraf akhlak dan memperkukuhkan kuasa luar biasa seseorang. Gerakannya
mudah, tetapi hasilannya banyak dan menyeluruh. Pada mula-mulanya, lengan
pelatih baru mungkin merasa berat dan asam. Setelah melakukannya, seluruh
badannya akan merasa lega, tidak merasa letih seperti selepas bekerja.
Semakin lama dan semakin sering latihan ini dilakukan, seseorang akan
merasai pemutaran roda Fa di antara lengan-lengannya. Gerakan Tafakul
Berdiri Falun mesti dilakukan secara natural. Jangan mengharapkan badan
bergoyang. Goyang sedikit adalah biasa. Goncangan ketara mesti dielakkan.
Semakin lama latihan ini dibuat semakin baik kesannya. Namun, itu adalah
tergantung kepada kesanggupan individu. Sesudah merasa tenteram, jangan
pula terlupa yang anda sedang membuat latihan. Prinsip ini mesti diingati.
- dipetik dari “Falun Gong” oleh Encik
Li Hongzhi
Latihan 3: Menembusi Dua Kutub
Prinsip-prinsipnya
Menembusi Dua Kutub ialah kaedah mencampur-adukkan dan menembusi
tenaga alam semesta dengan tenaga dalam badan kita. Ketika melakukannya,
kadar pertukaran udara amat besar dan dengan itu boleh membersihkan badan
pelatih dalam masa yang singkat. Pada masa yang sama, titik tertinggi
kepala dan titik terendah tapak kaki akan terbuka dalam proses penembusan
ini. Tangan pelatih naik-turun mengikuti tenaga di dalam badan dan mekanisme
di luar badan. Tenaga yang naik akan keluar dari kepala sehingga mencapai
kutub alam semesta yang tertinggi. Tenaga yang turun akan keluar dari
tapak kaki sehingga mencapai kutub alam semesta yang terendah. Selepas
tenaga balik dari kedua-dua kutub, ianya akan saling berubah hala dan
meneruskan proses yang sama. Ulangi gerakan ini sebanyak 9 kali.
Selepas mengulangi 9 kali dengan sebelah tangan, lakukan dengan kedua-dua
belah tangan. Selepas mengulangi 9 kali, kedua-dua tangan akan memutarkan
roda Fa sebanyak 4 kali mengikuti hala jam di depan bahagian perut. Dengan
itu tenaga dari luar akan diputarkan balik ke badan. Ini diikuti pula
dengan gerakan ‘ding’, dan tamat.
Sebelum membuat latihan ini, anggapkanlah diri anda sebagai dua batang
paip kosong yang besar dan tinggi. Pangkal hujung paip itu menyentuhi
langit dan bumi. Ini dapat membantu menembusi tenaga. -
dipetik dari “Falun Gong” oleh Encik Li Hongzhi
Latihan 4: Pengelilingan Langit Falun
Prinsip-prinsipnya
Latihan Pengelilingan Langit Falun menggerakkan tenaga
badan manusia secara meluas. Ianya bukan pergerakan satu atau beberapa
saraf sahaja, tetapi adalah pergerakan saraf dari seluruh permukaan ‘Yin’
ke seluruh permukaan ‘Yang’ dan berulang-alik tanpa berhenti.
Ianya jauh lebih berkesan daripada kaedah penyaluran saraf yang lain ataupun
kaedah pengelilingan langit besar atau kecil. Pengelilingan langit Falun
merupakan latihan peningkatan pertengahan. Bermula dengan 3 latihan sebelum
ini, latihan ini boleh mempercepatkan pembukaan saraf seluruh badan (termasuk
pengelilingan Langit Besar), dari atas ke bawah. Sifat yang paling istimewa
bagi latihan ini ialah ianya menggunakan pemutaran roda Fa untuk memperbaiki
keadaan badan manusia yang tidak betul, membaik-pulihkan badan manusia
(yang merupakan alam semesta kecil) kepada keadaan semula jadi, menjadikan
saluran saraf seluruh badan mengalir tanpa sebarang sekatan. Apabila seseorang
sudah capai tahap sedemikian, latihannya sudah ke peringkat duniawi yang
amat tinggi. Ketika membuat latihan ini, tangan pelatih mestilah bergerak
mengikut mekanisme, dan segala pergerakan mestilah lambat, perlahan, dan
bulat.- dipetik dari “Falun Gong” oleh
Encik Li Hongzhi
Latihan 5: Pengukuhan Kuasa Luar Biasa Falun
Prinsip-prinsipnya
Pengukuhan Kuasa Luar Biasa Falun bersifat tafakul. Ianya
menggunakan isyarat tangan Buddha untuk memutarkan Falun, memperkukuhkan
kuasa luar biasa (termasuk gongneng) dan gongli. Latihan ini merupakan
latihan peringkat pertengahan ke atas, dan merupakan latihan Buddhisme
Tibet. Ketika membuat latihan ini, dua belah kaki perlu saling berlipat.
Pada mula-mulanya, jika anda tidak dapat melipatkan kedua-dua kaki, maka
lipatkan kaki sebelah pun boleh. Namun, akhirnya anda perlu juga melipatkan
kedua-dua belah kaki. Ketika membuat latihan ini, saluran tenaga amat
kuat. Medan tenaga di luar badan juga amat besar. Tempoh bersila lebih
lama lebih baik. Itu tergantung kepada kesanggupan individu. Tempoh bersila
semakin lama, kuasanya pun semakin besar, dan penghasilan gong pun semakin
cepat. Ketika membuat latihan ini, jangan berfikir apa-apa, jangan ada
apa-apa konsep. Dari keadaan tenteram masuklah ke keadaan ‘ding’.
Tapi anda perlu sedar bahawa anda sedang membuat latihan.-
dipetik dari “Falun Gong” oleh Encik Li Hongzhi