“Walhal, tidak kira berapa banyak makalah (rencana)
kita cetakkan, kesemua itu adalah sebagai bahan-bahan tambahan sahaja.
Hanya Zhuan Falun sanggup membimbing seseorang dalam pembinaan akhlaknya.
Ianya mengandungi makna yang dalam yang bertingkat-tingkat, dari aras
seseorang biasa ke aras yang amat tinggi. Selagi anda melatih membinakan
akhlak, Zhuan Falun akan terus membimbing mempertingkatkan latihan akhlak
anda.” – Li Hongzhi
Zhuan Falun
Oleh Li Hongzhi
Pada
tahun 1996, Zhuan Falun adalah buku yang paling laris di negara
Cina, negara yang paling besar di Dunia ini. Itu bukan tanpa sebabnya.
Zhuan Falun, buku teras bagi latihan Falun Dafa bukannya sebuah
buku yang biasa. Kandungan dan ajarannya mengulaskan semula qigong dan
latihan pembinaan akhlak, dengan terperinci, tanpa meninggalkan apa-apa
sisanya. Tambahan pula, buku ini telah menyebarkan Falun Dafa dari tahap
ianya dilatih oleh 200 ribu orang di Negara Cina ke tahap ianya dilatih
oleh lebih daripada 100 juta orang di seluruh dunia. Ianya telah mengubahkan
nasib berjuta-juta orang, memulihkan kesihatan yang unggul kepada mereka
dan memudahkan mereka membinakan semula akhlak sejati dengan berpandukan
prinsip-prinsip yang lebih tinggi. Kesempurnaan buku ini tidak dapat
digambarkan dengan perkataan melainkan dialami dengan diri sendiri.
Sejak penerbitannya pada tahun 1995, Zhuan Falun telah pun diterjemahkan
ke dalam lebih daripada sepuluh bahasa yang lain dan akan diikuti dengan
penterjemahan dalam beberapa bahasa yang lain.
Zhuan Falun menerangkan Falun Dafa secara menyeluruh,
merangkumi pelbagai perkara, mendedahkan apa-apa yang tidak pernah dilakukan
oleh pengarang-pengarang lain. Zhuan Falun membimbing pembacanya
memahami makna-makna dalaman Falun Dafa yang tiada batasannya. Ianya
adalah panduan bagi latihan Falun Dafa. Bahasanya memang mudah difahami
dan tidak berhiasan, kerana ianya dicatat terus mengikut ceramah-ceramah
yang telah disampaikan oleh Encik Li di Negara Cina antara tahun 1992-1994.
Ramai orang dari pelbagai golongan tertarik oleh ajaran Zhuan Falun
dan terus melatih Falun Dafa. Mereka itu merangkumi cendekiawan, kakitangan
kerajaan, petani-petani dan orang yang sudah bersara. Buku ini membimbingkan
pelatih-pelatih sama ada yang baru ataupun yang lama, untuk melatih
Falun Dafa. Tentang kepentingan buku ini, hanya sejarah dapat membuktikannya
dengan sepenuhnya kelak.
Kandungan utama Zhuan Falun merangkumi perbincangan
seperti berikut:
- |
Asal-usul qigong dan makna "latihan pembinaan akhlak"
yang sudah lama dilupakan. |
- |
Sebab berlakunya penyakit dan cara membasmikannya. |
- |
Karma: puncanya, kesannya dan pengubahannya menjadi jasa. |
- |
Hubungan antara Falun Gong dengan qigong, Buddhisme, Taoisme dan
kaedah-kaedah pembinaan akhlak yang lain. |
- |
Makna dan fungsi kuasa luar-biasa. |
- |
Isu makan daging dan isu ketagihan. |
- |
Latihan akhlak, latihan gabungan minda dan badan |
- |
Apa dia "kesedaran menyeluruh" dan apa dia Penyempurnaan? |
Falun Gong
Oleh Li Hongzhi
Dengan
terbitnya buku Falun Gong pada tahun 1993, Encik Li Hongzhi telah mengubahkan
keadaan sama sekali latihan Qigong di Negara Cina dan lanjutan daripada
itu, ke seluruh dunia. Buat kali pertama, prinsip-prinsip Qigong yang
sejati dan menyeluruh telah dapat diketahui oleh masyarakat umum. Lebih
daripada itu, latihan Falun Dafa yang hebat dan kesan-kesan baiknya
telah dapat diperolehi oleh orang ramai. Dalam beberapa tahun sahaja,
beratus-ratus ribu orang di Negara Cina mula belajar Falun Gong melalui
buku ini. Dalam beberapa tahun yang sudah, susah hendak kita menemui
sebuah buku yang mempunyai kuasa pengaruh sedemikian hebat.
Sejak penerbitannya, Falun Gong telah diterjemahkan
kepada belasan bahasa, memudahkan Falun Dafa terserap ke pelbagai budaya
dan pelbagai benua. Dengan ini, terbuktilah ianya tidak ada batasan
budaya. Falun Gong adalah sebuah buku pengantar yang menerangkan
latihan Falun Gong secara sistematik, dengan menggunakan bahasa yang
mudah difahami. Maka ianya merupakan titik mula yang unggul bagi latihan
Falun Dafa. Kebaikan kandungannya jauh melebihi buku-buku Qigong yang
lain.
Kandungan-kandungan utama Falun Gong
merangkumi perbincangan-perbincangan berikut:
- Apa dia Qigong. Asal-usulnya, matlamatnya dan kesan
baiknya.
- Hubungan Falun Gong dengan qigong dan Buddhisme.
- Asal-usul, makna, dan pembasmian penyakit.
- Makna sebenar latihan gabungan minda dan badan.
- Bagaimana hendak melatih gerak-badan Falun Gong (dengan penerangan
dan ilustrasi gambar-gambar)
- Penerangan terperinci mengenai fungsi-fungsi istimewa latihan-latihan
tersebut.