Falun Gong
menerima sambutan hangat di Ekspo Kesihatan Malaysia (Foto)
Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia (Falundafa.org.my)
Ekspo Kesihatan Antarabangsa Ketujuh dan Ekspo Teh, Minuman
dan Kesihatan Antarabangsa Pertama, yang berlangsung tiga hari dari 19
November – 21 November 2010 di Putra World Trade Center, Kuala Lumpur. Ekspo
ini mempunyai lebih dari seratus tujuh puluh gerai, lebih daripada lima
puluh ribu orang menyertai, malahan terdapat sejenis Qigong yang tersebar
luas lebih daripada seratus buah negara dan wilayah; Falun Gong merupakan
satu-satunya kumpulan Qigong yang menyertai, dan disambut baik. Gerakan
badan yang indah dan tenang telah menarik banyak orang untuk bertanya dan
mencubanya di sana.
Dalam proses pengenalan Falun Gong kepada
rakyat, rakyat berasa simpati dengan penindasan Parti Komunis China (PKC)
terhadap Falun Gong; berkenalan dengan penindasan yang berlaku di China,
mereka tidak dapat mempercayai kerana perkara seperti ini sudah tidak
berlaku, tetapi tidak disangkakan perkara seperti pencabulan hak asasi
manusia dan hal-hal kebebasan masih berlaku di China. Mereka mempercayai
bahawa Falun Gong adalah baik dan mengharapkan pelajar boleh sabar.
Jururawat berbangsa India (Komathy)
mengambil inisiatif untuk memperolehi lebih maklumat malahan mencubanya di
sana. Selepas mencuba kesemua lima gerakan badan, dia berasa amat gembira:
“Benar-benar amat baik, sangat menyenangkan, saya merasakan badan amat
selesa dan sihat, dan saya dapat menfokus perhatian saya, dan berlatih
bersama-sama kamu semua, saya merasakan tenaga yang amat kuat dan selesa."
Dalam ekspo kesihatan kali ini, pihak
penganjur membuat banyak program yang baik, dan Falun Gong dijemput untuk
membuat demonstrasi di atas pentas. Banyak penonton bertanyakan tempat
latihan dan akan mempelajarinya bila ada ruang masa. Versi Inggeris boleh diperolehi di http://www.clearwisdom.net/html/articles/2010/11/24/121586p.html
Versi Cina boleh diperolehi di
http://www.minghui.org/mh/articles/2010/11/22/马来西亚健康展-法轮功受欢迎(图)-232808p.html |