Pancaragam
Alam Syurga Malaysia membuat persembahan di resort terkenal (Foto)
Oleh seorang pelajar di Malaysia (Falundafa.org.my)
Pada 7 November, 2010, Pancaragam Alam Syurga yang terdiri daripada pelajar
Falun Gong di Malaysia, pertama kali menjejak kaki ke salah satu resort
terkenal di Kuantan selama satu hari, mendapat sambutan baik daripada
penduduk tempatan dan pelancong.
Kuantan ialah ibu kota bagi negeri Pahang Darul Makmur dan merupakan bandar
terbesar di pantai timur Semananjung Malaysia. Perhentian pertama Pancaragam
Alam Syurga ialah di Taman Gelora, adalah sebuah taman besar yang dibina di tepi
pantai, mempunyai persekitaran yang indah. Satu demi satu lagu dimainkan seperti
“Falun Dafa Baik”, “Fa Membetulkan Alam Semesta”, “Gendang dan Sangkakala
mengegarkan Dunia Sepuluh Arah”, “Menghadiahkan Harta”, “Kegembiraan kepada
Dunia”, “Buddha Maha Muzik Suci”, “Raja Falun”, menarik perhatian orang ramai
yang berhampiran untuk berhenti untuk mendengar muzik yang sedap dan mengambil
risalah-risalah untuk memahami Falun Gong.
Selanjutnya, Pancaragam Alam Syurga tiba di Mini Zoo Teruntum Kuantan untuk
membuat persembahan dan zoo di bukit ini menarik banyak penduduk tempatan dan
pelancong. Setibanya Pancaragam Alam Syurga di pintu hadapan, ramai orang
terpesona dan mengambil gambar pada saat ini, menepuk tangan untuk tanda
sokongan terutama sekali apabila lagu “Rasa Sayang” iaitu lagu yang popular di
Malaysia.
Perhentian terakhir Pancaragam Alam Syurga ialah Pantai Kuantan, di mana
terdapat satu jambatan kayu yang memanjang hingga ke laut, menarik banyak orang
untuk berkunjung dan bermain. Tempat ini penuh sesak dan kedengaran gendang
diketuk, orang ramai mula mendampingi untuk menyaksi persembahan. Semasa
persembahan seorang MC juga diatur untuk memberi penjelasan mengenai Falun Dafa
supaya orang ramai dapat lebih mengenali Falun Dafa.
Kesimpulannya, persembahan amat berjaya. Kebaikan “Sejati, Baik, Sabar” dan
keindahan Falun Dafa ditonjolkan di bandar ini!
|