IFalun
Gong diperkenalkan di Kuching, Malaysia (Foto)
Oleh seorang pelajar di Singapore (Falundafa.org.my)Pada awal September 2010, pelajar Singapura dijemput untuk datang ke Kuching, Malaysia, bersama-sama dengan pelajar tempatan untuk memperkenalkan kepada orang ramai tentang prinsip “Sejati, Baik, Sabar” latihan Falun Dafa (atau lebih dikenali sebagai Falun Gong). September 3, 2010, pelajar mengedarkan risalah-risalah Falun Dafa di karnival di Matang Jaya dan mendedahkan penindasan kejam Parti Komunis China (PKC) terhadap Falun Gong. Ramai orang tidak pernah mendengar mengenai Falun Gong sebelum ini, dan menerima risalah-risalah tersebut. Pada keesokan pagi, pelajar mengadakan latihan beramai-ramai di Amphitheatre Park. Pengunjung-pengunjung taman menunjukkan minat dan lebih kurang 20 mempelajari latihan di situ.
Guru dan pelajar pusat di pusat pemulihan akhlak di Kuching, Malaysia mempelajari Falun Gong Pada tengah hari September 4, pelajar dijemput ke pusat pemulihan akhlak, di mana terdapat 40 hingga 80 pelajar pusat. Mereka berbaris untuk menyambut ketibaan pelajar. Seorang pelajar memperkenalkan Falun Gong dan mengatakan bagaimana ia boleh tersebar ke seluruh dunia. Empat orang pelajar menunjukkan gerakan latihan dan seorang lagi mengajar pelajar pusat. Apabila pertunjukkan latihan hampir tamat, banyak putaran Falun muncul di skrin kecil di atas pentas, yang telus dengan warna terang. Pelajar baru mempelajari latihan Falun Gong Pada pagi September 5, hari hujan tetapi terdapat orang yang datang untuk mempelajari latihan. Selepas latihan, mereka berkongsi pengalaman dan bertanya soalan tentang Falun Gong. Selepas itu, banyak di antara mereka berkata akan menghargai Falun Dafa dan terus mempelajarinya. Versi Inggeris boleh diperolehi di http://www.clearwisdom.net/html/articles/2010/9/26/120251p.html
Versi Cina boleh diperolehi di
http://www.minghui.org/mh/articles/2010/9/25/230110p.html |