Malaysia: Media tempatan meliputi persembahan pelajar semasa sambutan Hari Kebangsaan (Foto)

Oleh seorang pelajar di Malaysia

(Falundafa.org.my) Pada 28-29 Ogos, 2010, sambutan bulan Kemerdekaan (dari tarikh 15 Ogos hingga 16 September, 2010), pasukan pengendang pinggang dan Pancaragam Alam Syurga yang terdiri daripada pelajar Falun Gong membuat persembahan selama 2 hari kepada penduduk tempatan di Johor, Malaysia. Mereka disambut baik dan sebuah media tempatan Melayu mewawancara dan meliputi aktiviti tersebut.

 '马来西亚马来报章《Sinar Harian》于二零一零年九月四日,以彩色图文并茂报导了学员在国庆月的演出,其中包括法轮功的介绍。'高精度图片

Artikel suratkhabar Melayu, “Sinar Harian” pada 4 September, 2010, ilustrasi dalam warna tentang laporan persembahan pada bulan Kemerdekaan, termasuk pengenalan Falun Gong

Pada tarikh 29 Ogos, Pancaragam Alam Syurga membuat persembahan di Setia Indah, dan kemudian kembali ke Danga Bay Square pada waktu petang. Banyak penduduk dan pelancong melihat persembahan tersebut.

“Sinar Harian” menerbitkan artikel yang bersertakan gambar berwarna dan aktiviti yang berkaitan. Menurut artikel, Pancaragam Alam Syurga Malaysia memainkan “Falun Dafa Baik” dan beberapa potongan muzik yang lain.

Wartawan mewawancara Encik Cai, konduktor pancaragam, yang mengatakan dia mulai mempelajari Falun Dafa kerana ia adalah percuma dan terdapat di laman web.

Encik Cai berkata, “Kebaikan Falun Dafa dapat memberikan kesihatan fizikal dan mental dan pemulihan moral dalam rangka mencapai keseimbangan dalaman seseorang dalam masyarakat”

Falun Dafa telah berkembang menjadi Qigong yang paling popular

Quote pengenalan Encik Cai, Falun Gong (juga dikenali sebagai Falun Dafa) adalah sebuah “qigong kuno”, iaitu melalui gerakan badan dan meditasi untuk memurnikan tubuh dan fikiran. Oleh kerana Falun Dafa melebihi batas budaya, sosial dan ekonomi, menjadikan pelajar Falun Dafa datang dari latar belakang yang berlainan. Biasanya pelajar mendapat manfaat daripada latihan Falun Dafa, mereka merasakan latihan ini sangat baik dan patut dikongsi dengan lebih ramai orang, sehinggakan penyebaran Falun Dafa adalah melalui mulut ke mulut.

Encik Cai juga berkata, Falun Dafa membawa kebaikan kesihatan fizikal dan mental kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia. Orang ramai boleh melayari laman web untuk mencari salah satu lokasi tempat latihan dan belajar Falun Dafa.

Falun Dafa hanya tersebar selama lapan tahun dan semakin ramai orang telah mengenalinya. Dalam sejarah China, Falun Dafa telah menyebar secara luas dan menjadi satu qigong yang popular.

 
Versi Inggeris boleh diperolehi di http://www.minghui.org/mh/articles/2010/10/5/230601.html

Versi Cina boleh diperolehi di http://www.minghui.org/mh/articles/2010/10/5/230601p.html