Pelajar
Falun Gong di Malaysia menyeru Singapura untuk menghentikan bantuan kepada
penindasan PKC (Foto)
Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia
(Falundafa.org.my)
Untuk menjawab tuduhan palsu
baru-baru ini terhadap pelajar Falun Gong, dihentikan permit bekerja dan
permit kemasukan di Singapura, pelajar Falun Gong di Malaysia menghantar
surat kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur pada tarikh 10 Jun
2010, menyeru agar kerajaan Singapura berhenti membantu Parti Komunis China
(PKC) menindas Falun Gong.
(1)
(1) Pelajar Falun Gong pergi ke
Suruhanjaya Tinggi Singapura pada 10.30 pagi, jurucakap Encik Ng Wen Qiang
mewakili pelajar-pelajar lain untuk menyerahkan surat-surat tersebut. Walter
Chia, Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi di Kuala Lumpur, datang bertemu
dengan pelajar-pelajar. Encik Ng mengungkapkan hasrat
pelajar Falun Gong. Mereka berharap Singapura, sebagai pusat perdagangan
antarabangsa, tidak akan tunduk kepada tekanan PKC atau mengikuti PKC dalam
penindasan terhadap Falun Gong. Seluruh dunia sedang melihat. Mereka
berharap Singapura tidak akan merosakkan reputasi sendiri dengan membantu
PKC. Encik Chia menerima surat tersebut
dan bahan-bahan maklumat tentang Falun Gong. Dia mengatakan dia akan
menghantar maklumat kembali ke Singapura. Wartawan media tempatan juga
menghadiri kegiatan penyerahan surat. Pelajar-pelajar Falun Gong
mengatakan dalam surat tersebut bahawa komuniti-komuniti antarabangsa telah
menyuarakan suara keadilan mereka, menyeru PKC untuk menamatkan penindasan
selama sebelas tahun terhadap Falun Gong. Mereka memberikan contoh, dakwaan
Mahkamah Sepanyol ke atas Jiang Zemin dan pegawai-pegawai lain dalam
pembunuhan beramai-ramai dan penyeksaan; dan Resolusi Rumah US 605 (US House
Resolution 605) yang menyeru kepada rejim China “untuk segera menghentikan
dan berhenti dalam kempennya untuk menganiaya, intimidasi, memenjarakan dan
menyeksa pelajar-pelajar Falun Gong. Pelajar-pelajar Falun Gong Malaysia
sangat prihatin atas serangkaian insiden di Singapura dan merasa kesal atas
apa yang dilakukan oleh kerajaan Singapura. Mereka tegaskan permintaan
kepada kerajaan Singapura untuk membatalkan semua tuduhan yang tidak
berdasar terhadap pelajar-pelajar Falun Gong dengan segera dan melindungi
semua hak-hak pelajar Falun Gong. Mereka berharap kerajaan Singapura akan
memilih masa depan yang cerah kepada rakyat-rakyatnya dengan berdiri dengan
negara-negara dan orang-orang di dunia yang mempunyai keadilan untuk menyeru
pengakhiran penindasan PKC. Latar belakang Polis Singapura menahan lima pelajar
Falun Gong di Taman Esplanade pada pagi 5 Oktober, 2009. menggari pelajar
dan membawa mereka ke Stesen Polis Pusat, tempat di mana mereka ditahan dan
diinterogasi. Pasport mereka dirampas dan belum dikembalikan. Pada tarikh 6
Mei, 2010, polis mendakwa pelajar-pelajar yang mengedarkan bahan-bahan
maklumat, yang berfakta benar terhadap penindasan di jalanan dan
tempat-tempat pelancongan, dengan “merosakkan hak milik awam” dan sebagainya.
Selain itu, pelajar-pelajar Falun Gong China yang tinggal di Singapura tidak
diberi permit bekerja dan permit kemasukan yang berpanjangan tanpa alasan
yang jelas.
|