Pancaragam Alam Syurga di Malaysia menyambut Festival Tanglung dengan
penduduk tempatan (Foto)
Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia (Falundafa.org.my) Pada tarikh 28 Februari, 2010, Pancaragam Alam Syurga Malaysia membuat persembahan di Jambatan Lapan di Pelabuhan Kelang, menyambut festival dengan beribu-ribu penduduk tempatan dan membawa keindahan Falun Dafa kepada rakyat Malaysia.
Pada pukul 9 malam, Pancaragam Alam Syurga Malaysia mempersembahkan “Falun Dafa Baik” dan melodi-melodi lain di Times Square di Jambatan Lapan, Pelabuhan Kelang. Persembahan ini menarik perhatian banyak penonton yang berkumpul di sekitar dan meminta bahan-bahan bercetak tentang Falun Gong dan penindasan Parti Komunis China (PKC) terhadap Falun Gong di China. Seorang wanita membaca risalah dan meminta nombor telefon untuk mempelajari latihan. Seorang lelaki budiman membaca bahan-bahan maklumat dan menyatakan keperihatinannya terhadap perampasan organ-organ pelajar Falun Gong secara hidup-hidup di China. Ini merupakan kali kedua Pancaragam Alam Syurga Malaysia membuat persembahan di Jambatan Lapan, Pelabuhan Kelang dan mendapat sambutan hangat daripada para penonton
. |