Malaysia : Pelajar diterima hangat di Pulau Ketam (Foto)
Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia
(Falundafa.org.my)
Pelajar mengadakan aktiviti, termasuk latihan berkumpulan dan persembahan
Pancaragam Alam Syurga untuk memperkenalkan Falun Gong di Jeti Sungai Lima
di Pulau Ketam di Selangor, Malaysia pada Januari 24, 2010. Mereka menerima
sambutan hangat daripada penduduk kampung dan pihak berkuasa tempatan.
Pelajar demonstrasi latihan di Jeti Sungai Lima, Klang, Selangor, Malaysia Pelajar tiba di Sungai Lima, sebuah desa nelayan, pada
jam 1 tengah hari, di mana mereka berjumpa dengan ketua kampung sedang
menunggu di jeti. Syarikat Pancaragam Alam Syurga di Malaysia membuat
persembahan di pulau tersebut dua tahun yang lalu pada cuti kebangsaan.
Pancaragam kembali lagi dan berarak di pulau ini sekali lagi.
Penduduk-penduduk kampung bersorak dengan gembira apabila melihat
persembahan. Pelajar-pelajar lain membahagikan risalah-risalah tentang Falun
Gong di sepanjang laluan perarakan. Seorang penduduk kampung memberitahu kepada penyelaras
aktiviti bahawa dia sedang menanti-nantikan acara ini. Seorang lagi
memberitahu bahawa dia pernah melihat persembahan Pancaragam Alam Syurga di
Pelabuhan Klang pada tahun lalu di Festival Tanglung, dan dia sangat kagum. |