(Falindafa.org.my)
Pada hari Tahun Baru 2010,
Pusat Perkhidmatan untuk Keluar daripada Parti Komunis China (PKC)
mengadakan perhimpunan di Taman Permaisuri untuk menandakan 66 juta orang
menolak Parti Komunis China (PKC) dan pertubuhan-pertubuhan gabungannya.
Perhimpunan juga menyambut dakwaan Mahkamah Sepanyol terhadap
pegawai-pegawai tinggi PKC untuk penindasan terhadap Falun Gong.
Peserta-peserta perhimpunan meminta orang-orang China untuk keluar daripada
PKC pada tahun baru.
Perhimpunan
menyokong 66 juta orang yang telah keluar daripada Parti Komunis China (PKC)
dan pertubuhan-pertubahan gabunganya

Orang
ramai mengetahui fakta
Acara ini diadakan pada 5.20 petang.
Sukarelawan daripada Pusat Perkhidmatan untuk Keluar daripada PKC memegang
sepanduk yang bertulis, '66 juta orang keluar daripada PKC'. 'Mahkamah
Sepanyol mendakwa Jiang Zemin dan empat pegawai-pegawai tinggi PKC yang lain
untuk jenayah pembunuhan beramai-ramai dan penyeksaan' dan 'Semua orang
sedang bangun, menguraikan PKC'.
Jurucakap Encik Ng dan Encik Chai membaca satu
kenyataan menyokong pengunduran daripada PKC dan pertubuhan-pertubuhan
gabungannya di dalam bahasa Melayu dan Cina semasa perhimpunan.
Encik Chai berkata,
“Ketika pelanggaran
hak asasi manusia berlaku di satu tempat, ini bukan satu jenayah terhadap
masyarakat tempatan, tetapi jenayah terhadap seluruh masyarakat antarabangsa
dan semua umat manusia.”
"Pada Julai 1999, PKC yang diketuai oleh Jiang Zemin
memulakan satu dasar untuk pembunuhan beramai-ramai terhadap pelajar-pelajar
Falun Gong. Kini telah lebih daripada sepuluh tahun. Kekejamannya berada di
luar imiginasi kebanyakan orang. Skala besar perampasan organ daripada
pelajar-pelajar Falun Gong ialah satu kejahatan yang tidak pernah berlaku di
bumi ini. Penindasan ini tidak hanya terbatas di China, tetapi telah
dieksport ke luar negeri. PKC melanggar hak asasi manusia di luar negeri
dengan berbagai kaedah dan memaksa media negara lain untuk berdiam.”
Di perhimpunan, poster digantung untuk mendedahkan
sejarah membunuh PKC selepas merampas kuasa 60 tahun yang lalu.
Abdul
Mutalib, penduduk tempatan dan seorang pemandu pelancongan, mengatakan dalam
satu wawancara,
“Aktiviti
ini sangat bagus kerana dapat membangkitkan hati nurani rakyat. Ini akan
mendapat sokongan bukan saja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.”
Pemandu pelancongan Abdul Mutalib sedang diwawancara
Pada saat ini, kita telah menglobalsasikan dalam soal
maklumat. Banyak orang di Malaysia boleh memperoleh maklumat mengenai
perkara-perkara yang berlaku di China dan negara komunis yang lain. Tidak
kira orang Malaysia, Cina atau India, kita menyokong acara ini kerana ia
adalah mengenai hak asasi manusia.”
Berkaitan dengan dakwaan mahkamah Sepanyol terhadap
Jiang Zemin dan pegawai-pegawai PKC yang lain, Encik Mutalib berkata,
“Kita berharap lebih
banyak kemajuan positif akan berlaku yang memberikan kebebasan yang lebih
kepada orang China.”
Berkaitan dengan perampasan organ secara hidup-hidup, dia berkata,
“Seluruh
dunia perlu berdiri untuk memprotes kejahatan semacam itu.”
Versi
Cina boleh diperolehi di
http://www.minghui.org/mh/articles/2010/1/2/215576p.html