Peguam hak asasi Malaysia menyokong dakwaan Mahkamah Sepanyol ke atas Jiang Zemin dan pegawai tinggi PKC yang lain (Foto)

Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia

(Falundafa,org.my)Di dalam satu wawancara dengan The Epoch Times, peguam hak asasi Malaysia meyokong keputusan Mahkamah Sepanyol baru-baru ini untuk menerima tuduhan pembunuhan beramai-ramai dan penyeksaan dalam satu kes yang difailkan terhadap lima pegawai tinggi China untuk peranan mereka dalam penindasan terhadap Falun Gong.

Surat dakwaan telah dikeluarkan untuk Jiang Zemin, bekas ketua Parti Komunis China dan dipercayai sebagai penghasut penindasan terhadap Falun Gong, dan pegawai Parti Komunis China Bo Xilai, Luo Gan, Jia Qinglin dan Wu Guanzheng. Para terdakwa mempunyai 4-6 minggu untuk menjawab dan akan menghadapi ekstradisi jika mereka membuat perjalanan ke negara yang mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Sepanyol selepas itu.

Falun Gong adalah suatu disiplin tradisional rohani Cina yang dilatih oleh 100 juta orang di China. Pada awalnya disokong oleh PKC sebagai mempromosikan kesihatan dan harmoni sosial, tetapi diharamkan secara tiba-tiba pada tahun 1999 dan ditindas dengan kejam.

Jenayah menentang kemanusiaan mempengaruhi seluruh dunia

Encik Edmund Bon, peguam hak asasi yang terkenal dan timbalan pengerusi dari Gabungan untuk Menyiasat Penindasan terhadap Falun Gong (CIPFG Asia), menyambut baik keputusan mahkamah Sepanyol.

.

Encik Edmund Bon, peguam hak asasi terkenal, menyambut baik keputusan mahkamah Sepanyol.

Encik Bon mengatakan bahawa pelaku jenayah menentang kemanusiaan biasanya terlepas melalui kekebalan diplomasi. Tindakan-tindakan mereka kebal terhadap penuntutan jika mereka bertindak dalam kapasiti rasmi. Namun, ada pengecualian di mana undang-undang bidang kuasa universal wujud di negara seperti di bawah Aliens Tort Claim Act di Amerika Syarikat. Jika pemimpin telah didakwa atau dituntut dengan jenayah berat seperti jenayah menentang kemanusian, yang meliputi pembunuhan beramai-ramai, maka kekebalan diplomasi tidak diterapkan.

"Kes mahkamah Jiang pasti akan meningkatkan kesedaran dan kesensitifan antara pemimpin dan tekanan baik untuk tidak terus melakukan jenayah terhadap kemanusiaan. Pemimpin yang melakukan jenayah-jenayah ini akan mempunyai masalah berkunjung ke negara di mana mereka telah didakwa dan maka berfungsi sebagai pencegah ke semua pemimpin untuk memastikan bahawa mereka tidak melakukan jenayah menentang kemanusiaan, dia berkata.

Encik Bon mendesak negara-negara lain untuk mengikuti, Negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Sepanyol yang mempunyai undang-undang yang membolehkan berselisihan untuk memulakan tindakan terhadap pemimpin negara-negara lain untuk jenayah yang dilakukan di negara-negara tersebut. Banyak berselisihan mungkin fail kes sekarang, dan mudah-mudahan, mahkamah akan mengikuti jejak hakim Sepanyol.

"Jenayah menentang kemanusiaan tidak hanya mempengaruhi warga China, tetapi mempengaruhi seluruh dunia. Jenayah menentang kemanusiaan terhadap satu orang di China memang mempengaruhi seluruh dunia: oleh sebab itu ia telah diklasifikasikan sebagai amat serius untuk memastikan perhatian antarabangsa dan panggilan untuk mahkamah kebangsaan untuk mengeluarkan surat perintah penangkapan antarabangsa, kata Encik Bon.

Keadilan akan tiba

Satu lagi peguam hak asasi berprofil tinggi di dalam negara, Encik N.Surendran berkata kepada 'The Epoch Times' bahawa dia sangat gembira dengan perkembangan terkini ini.

.

Encik N. Surendran bertanggungjawab atas Rakyat Malaysia menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan

Encik Surendran berkata, Hal pertama adalah mahkamah Sepanyol telah pergi ke peringkat untuk untuk mengeluarkan surat arahan untuk Jiang Zemin untuk menjawab tuduhan terhadap dirinya. Hal ini menunjukkan bahawa ada cukup bukti untuk membuktikan bahawa penyeksaan-penyeksaan ini  sedang dilakukan oleh kerajaan China terhadap Falun Gong. 

"Yang kedua adalah, untuk pertama kalinya, sebuah mahkamah antarabangsa telah mengumunkan bahawa mereka akan mengejar pelaku-pelaku yang melakukan jenayah menentang kemanusiaan, meskipun tidak terjadi di bumi mereka. Ini bukan hanya perkembangan penting untuk menghentikan penindasan terhadap Falun Gong-itu adalah satu perkembangan penting secara keseluruhan dalam pertempuran melawan hantu yang melakukan pembunuhan beramai-ramai dan penyeksaan terhadap ratusan ribu orang, kata Encik Surendran.

"Sepanyol telah memimpin jalan ke sempadan baru dalam menghentikan penyeksaan seperti ini. Saya fikir bahawa selain menamatkan penindasan terhadap Falun Gong, ia juga akan menghantar mesej kepada mereka yang melaksanakan kegiatan pembunuhan, bahawa suatu hari: keadilan akan mengejar penjahat tersebut. Jika anda keluar dari China, anda akan membayar hutang, kata Encik Surendran.

Mekanisme untuk menerapkan tekanan antarabangsa

Naib Ketua Dewan Bar, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Encik Roger Chan, berkata mahkamah Sepanyol mengetuai langkah ke arah yang tepat untuk membantu menghentikan penindasan terhadap Falun Gong di China.

 

Encik Roger Chan, Naib Ketua Dewan Bar, Jawantankuasa Hak Asasi Manusia

Encik Chan berkata, Aku merasai perkembangan terkini ini adalah baik kerana ia dapat meningkatkan kesedaran. Ini adalah satu langkah yang sangat penting dalam penegakan norma-norma hak asasi dan amalannya. Untuk mengatasi pembunuhan beramai-ramai dan jenayah menentang kemanusiaan, ini adalah penting untuk mempunyai mekanisme penguatkuasaan yang berkesan.

Encik Chan mencatat kerangka waktu di mana mereka yang bertanggungjawab atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai akan diminta untuk menjawab tuduhan tersebut. Dalam erti ini adalah satu kesempatan bagi seseorang yang memiliki kekebalan berdaulat untuk keluar dan membersihkan namanya. Jika dia tidak menjawab, maka mahkamah akan keluar dengan perintah penangkapan antarabangsa terhadap dirinya, yang bererti jika dia melangkah ke dalam bidang kuasa Sepanyol atau negara yang mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Sepanyol, dia berisiko ditangkap kerana tidak menjawab tuduhan ini.

"Tuntutan akan bertindak sebagai mekanisme untuk menerapkan tekanan antarabangsa ke atas China untuk memastikan bahawa tuduhan-tuduhan ini tidak dipoles begitu saja. Saya fikir tindakan mahkamah Sepanyol akan bertindak sebagai satu tekanan yang sangat kuat bagi masyarakat antarabangsa untuk memikirkan masalah ini dengan sangat serius, kata Encik Chan.

Encik Chan juga berkata mahkamah Sepanyol mempunyai kredibiliti. Mahkamah Sepanyol juga diakses beberapa sumber maklumat yang bebas-contohnya, sumber-sumber seperti Amnesty International, Human Rights Commission, Human Rights Watch, dan lain-lain. Sumber-sumber ini penting, pengaruh mereka terletak pada kenyataan bahawa mereka adalah bebas daripada kerajaan, kata Encik Chan.

 
Versi Cina boleh diperolehi di http://minghui.ca/mh/articles/2009/12/17/214601p.html
Versi Inggeris boleh diperolehi di http://clearwisdom.net/html/articles/2009/12/19/113233p.html