MP Malaysia : Mahkamah Sepanyol mengambil langkah kritikal ke depan (Foto)

Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia

(Falundafa.org.my) Ahli Parlimen Malaysia Encik Charles Santiago berpendapat bahawa Mahkamah Sepanyol telah membuat satu langkah penting dan kritikal ke depan dengan mendakwa pegawai-pegawai China yang bertanggungjawab ke atas penindasan terhadap Falun Gong.

Ahli Parlimen Klang(Malaysia) Charles Santiago

Setelah penyiasatan selama dua tahun, seorang hakim Sepanyol telah menerima tuduhan pembunuhan beramai-ramai (genocide) dan penyeksaan (torture) dalam satu kes yang difailkan terhadap lima orang pegawai atasan PKC atas peranan mereka dalam penindasan terhadap Falun Gong.

ISurat dakwaan telah dikeluarkan untuk Jiang Zemin, bekas ketua Parti Komunis China dan dipercayai sebagai penghasut penindasan terhadap Falun Gong, dan pegawai Parti Komunis Bo Xilai, Luo Gan, Jia Qinglin dan Wu Guanzheng.

"Saya berpendapat keputusan oleh Mahkamah Sepanyol untuk memanggil pegawai China untuk menjelaskan pembunuhan beramai-ramai sebanyak 3,000 orang adalah langkah penting dan kritikal ke depan, kata Santiago.

Santiago mengatakan bahawa, menurut laporan masyarakat, hakim Sepanyol juga melihat laporan daripada Amnesty International, Human Rights Watch, Human Rights Law Foundation dan Suruhanjaya PBB mengenai hak asasi manusia.

"Keempat-empat organisasi ini adalah sangat kredibel dan di antara organisasi-organisasi hak asasi manusia yang terkemuka di dunia. Ada banyak kebenaran dalam apa yang mereka katakan, dan mereka dihormati atas kerja mereka dalam hak asasi manusia. Kerajaan China harus bertanggungjawab atas tindakan mereka dan harus telus dalam proses penyiasatan, kata Santiago.

Encik Santiago menekankan kepentingan hak asasi manusia. Dalam setiap sudut di dunia, kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza, sistem kepercayan yang berbeza, ideologi yang berbeza, keyakinan, dan sebagainya, tetapi jika kerana cuma saya yang tidak bersetuju, itu tidak bermakna bahawa saya boleh bunuh kamu atau melakukan pembunuhan beramai-ramai (genocide). Itu tidak boleh diterima."

Mahkamah Kebangsaan Sepanyol mengeluarkan saman. Notis mahkamah mengatakan bahawa jika tuntutan terhadap terdakwa ditetapkan, maka mereka akan menghadapi hukuman penjara 20 tahun dan mungkin mempunyai tanggungjawab kewangan kepada mangsa-mangsa untuk kerosakan. Jika terdakwa gagal untuk menjawab di mahkamah dalam masa enam minggu, hakim boleh mengeluarkan surat arahan penangkapan bagi mereka.

Pada tahun 1999, bekas ketua Jiang Zemin menghasut kempen untuk menghapuskan latihan kerohanian Falun Gong. Polisi pembunuhan beramai-ramai mencemarkan reputasi baik mereka, mufliskan kewangan mereka, menghancurkan mereka secara fizikal dan mengira masuk kematian akibat diseksa sebagai bunuh diri mengakibatkan sejumlah besar pelajar ditangkap, diseksa, dipukul sampai mati dan hilang. Banyak organ mereka dirampas sementara mereka masih hidup untuk perdagangan lumayan transplantasi organ. Empat terdakwa yang lain adalah pengikut setia Jiang.

Salah seorang terdakwa, Luo Gan, menyelia Pejabat 610, polis rahsia kebangsaan yang mengetuai kempen keganasan. Peguam China telah membandingkan Pejabat 610 kepada Gestapo Nazi Jerman dalam kekejaman dan kuasa tambahan di perundangan.

Tiga terdakwa yang lain adalah Bo Xilai, setiausaha parti ketika ini untuk Chongqing dan bekas Menteri Perdagangan; Jia Qinglin, ahli keempat tertinggi dalam hirarki parti; dan Wu Guanzheng, ketua jawatankuasa disciplin dalaman parti. Tuduhan terhadap mereka adalah berdasarkan kemajuan proaktif mereka dalam penindasan terhadap Falun Gong ketika mereka berkhidmat sebagai pegawai-pegawai tinggi di Provinsi Liaoning, Beijing dan Provinsi Shandong, masing-masing

Versi Inggeris boleh diperolehi di http://www.clearwisdom.net/html/articles/2009/12/20/113251p.html

Versi Cina boleh diperolehi di http://minghui.ca/mh/articles/2009/12/17/214602p.html