(Falundafa.org.my)July 20,
2009 menandakan usaha pelajar Falun Gong untuk menghentikan
penindasan oleh Parti Komunis China (PKC). Pelajar Falun Gong di
Malaysia berarak untuk memprotes penindasan yang berlangsungan
pada 19 Julai 2009 di Klang, Selangor, menyeru orang ramai
membantu menghentikan penindasan.

Pelajar
Falun Gong berarak untuk memprotes penindasan terhadap Falun
Gong |

Penduduk tempatan menyaksikan
prosesi pelajar Falun Gong |

Para pejalan mengambil
bahan-bahan maklumat untuk mengenali Falun Gong |
Perarakan bermula pada
tengah hari. Dipimpin oleh Pancaragam Alam Syurga, pelajar
berarak menyusuri jalan membawa sepanduk dan papan tanda.
Prosesi ini menarik perhatian penduduk tempatan, di mana,
kebanyakan mereka membawa pulang bahan-bahan maklumat untuk
mengetahui fakta-fakta tentang Falun Gong dan penindasan ke
atasnya. Perarakan berlangsung selama satu jam.
Pelajar Encik Pang
adalah dari China. Dia mengatakan, sekarang, banyak orang China
telah bangun dan dapat melihat dengan jelas sifat jahat PKC.
Pada saat yang bersejarah ini, ia adalah mendesak untuk membantu
lebih ramai orang China keluar daripada PKC dan
pertubuhan-pertubuhan gabungannya, supaya mereka tidak dikaitkan
dengan PKC apabila ia runtuh.
Puan Zhang mengambarkan
pengalamannya dikenakan dua tahun kerja paksa kerana berlatih
Falun Gong ketika dia berada di China. Dia berkata,
“Di
dalam kem kerja paksa, saya diseksa teruk oleh bermacam-macam
kaedah penyeksaan, seperti melarang tidur, dipaksa mendengar
rakaman atau menonton video yang menfitnah Falun Gong dan
kurungan berasingan”.
Selain itu, Puan Zhang berkata mereka dipaksa untuk menjalani
beberapa kali ujian darah. Dia mendapat tahu selepas
meninggalkan China bahawa ia berkaitan dengan pendedahan
baru-baru ini, PKC merampas organ daripada pelajar Falun Gong,
untuk keuntungan. Puan Zhang berkata bahawa dengan menguraikan
PKC, penindasan boleh dihentikan. Dia mengharapkan lebih banyak
orang akan bangun dan keluar daripada PKC dan
pertubuhan-pertubuhan gabungannya.