(Falundafa.org.my) Untuk menyambut Hari Falun Dafa, pada 13 Mei, pelajar di Malaysia mengadakan beberapa aktiviti di bandar Ipoh, ibu kota negeri Perak, pada 10 Mei 2009.

Pelajar Falun Gong di Malaysia berkumpul di hadapan Dewan Bandaraya Ipoh untuk menyambut Hari Falun Dafa Sedunia

Kontijen Falun Dafa berpindah ke tapak dari Dewan Bandaraya Ipoh dengan kemas

Pelajar mengadakan sidang akhbar di tempat aktiviti

Media mewawancara pelajar

Pelajar menyambut Hari Falun Dafa di hadapan Dewan Bandaraya Ipoh

Pancaragam Alam Syurga membuat persembahan upacara pembukaan

Gendang pinggang tradisional pelajar membuat persembahan pada sambutan Hari Falun Dafa

Pada jam 8 pagi, pelajar memegang sepanduk, Pancaragam Alam Syurga, pasukan gendang pinggang dan pasukan dewi-dewi syurga berbaris rapi di hadapan Dewan Bandaraya Ipoh untuk menyambut acara yang memeriahkan ini. Sejumlah wakil media datang untuk meliputi acara tersebut. Pelajar mengadakan sidang akhbar di tempat yang sana. Salah seorang jurucakap, Encik Zheng, membaca, 13 Mei telah menjadi satu hari cuti di seluruh dunia. Pada 13 Mei setiap tahun, pelbagai orang daripada bangsa, wilayah dan bahasa mengadakan pelbagai jenis sambutan. Falun Dafa, yang diperkenalkan dari luar negeri, China, telah membawa kesejahteraan kepada ratusan ribu orang di seluruh dunia.

 

Perayaan bermula dengan persembahan Pancaragam Alam Syurga. Pancaragam mempersembahkan, Falun Dafa Baik, Gendang dan Sangkakala Mengegarkan Dunia Sepuluh Arah, Fa Membetulkan Alam Semesta dan Kegembiraan. Selepas itu, pasukan gendang pinggang membuat persembahan. Gendang pinggang tradisional mereka memenangi penghargaan penonton.

 

Encik Liao, pegawai keselamatan bandar Ipoh, yang datang untuk menjaga ketenteraman awam untuk acara tersebut, melihat perayaan yang menggembirakan ini, dan merasakan ia indah, tertib dan megah.

Falun Gong membolehkan seseorang menjadi baik

Seluruh keluarga pelajar Cik Wang berlatih Falun Gong. Dia mengetahui Falun Gong enam tahun yang lepas daripada bapa iparnya, seorang pelajar. Dia sedang hamil ketika itu. Dengan membaca buku Falun Gong, dia mengetahui apa itu Falun Gong. Dia mengingat kembali bahawa dia seorang yang lemah fizikal, secara tiba-tiba, dia cukup kuat untuk melahirkan anaknya. Oleh itu, pengalaman ini membina keyakinannya dalam berlatih Falun Gong dan dia telah berlatih semenjak itu.

Apa yang membuatkan dia gembira ialah suaminya, seorang yang pemarah, telah berubah untuk memiliki hati yang tenang selepas belajar Falun Gong. Dia berkata bahawa dia berharap semua orang datang untuk belajar latihan yang begitu baik ini, kerana ia sukar untuk mendapatkan peluang ini jikalau kita terlepas daripadanya.

Puan Wong gembira kerana suami pemarahnya berubah baik setelah berlatih Falun Gong

Ini adalah Hari Falun Dafa Sedunia Tahunan ke-10 tahun ini. Pelajar tempatan telah meraihkan hari ini di tempat yang berbeza setiap tahun, berharap dapat membawa keindahan Falun Dafa ke setiap sudut dalam negeri. Tahun ini, pelajar Falun Gong memilih untuk datang ke Ipoh, ibu negeri Perak. Beberapa pegawai polis datang untuk mengetahui tentang Falun Dafa melalui acara ini.

Puan Yong, salah seorang koordinator acara, mengatakan, Saya berasa polis akan memperoleh satu pemahaman yang mendalam tentang Falun Gong. Falun Dafa telah dilatih sehingga hari ini, dan orang ramai akan menjadi lebih jelas mengenai keindahan Falun Dafa.

Versi Cina boleh diperolehi di http://www.minghui.org/mh/articles/2009/5/12/200726p.html
Versi Inggeris boleh diperolehi di http://clearwisdom.net/html/articles/2009/5/13/107307p.html