Tiada jalan yang tetap untuk mula mempelajari Falun Dafa. Anda boleh mempelajarinya dari mana-mana satu tapak latihan. Jika seseorang itu berhati sungguh, apa sahaja jalan yang dia gunakan jua akan berhasil. Dia pasti akan dapati Falun Dafa jauh berbeza daripada apa-apa sahaja yang pernah dia belajar dan berlatih sebelum ini disebabkan isi kandungan Falun Dafa adalah amat luar-biasa dan hebat. Kesabaran dan kerelaan anda akan menjaminkan proses pembelajaran anda itu licin dan cepat. Kebanyakan orang dapati mempelajarinya secara beramai-ramai paling menyeronokkan.

Falun Dafa mempunyai 5 set latihan gerak-badan yang lemah-lembut. Antaranya ialah tafakul bersila. Falun Dafa melibatkan pembelajaran prinsip-prinsip pembinaan akhlak kendiri, iaitu penyesuaian diri dengan sifat-sifat Sejati, Baik dan Sabar. Ini boleh dicapai dengan membaca buku-buku utama yang ditulis oleh Encik Li Hongzhi, pengasas Falun Dafa, ataupun dengan menonton rakaman video, ataupun mendengar rakaman kaset ceramah beliau. Sebuah buku, beberapa set latihan gerak-badan dan prinsip-prinsip ulung yang mengagumkan – itulah gambaran ringkas mengenai Falun Dafa. Yang lain, bagaimana hendak mengamalkannya dalam kehidupan, adalah terletak pada tangan anda sendiri.

Anda boleh memulakan pembelajaran Falun Dafa dengan memilih salah satu daripada cara-cara berikut:-

Belajar Latihan Gerak-Badan Dari Tapak Latihan Di Tempat Anda.

Terdapat beratus-ratus tapak latihan di seluruh dunia di mana pelatih Falun Dafa berkumpul dan melakukan latihan gerak-badan dan/atau mengaji dan membincangkan ajaran-ajaran Falun Dafa. "Tapak" itu mungkin di taman, perpustakaan, hospital, ataupun di YMCA tempatan. Orang ramai boleh datang ke tapak-tapak tersebut di mana pelatih-pelatih Falun Dafa akan terus mengajar anda latihan gerak-badan ataupun membuat temujanji untuk mengajar anda di tempat lain. Semua tunjuk cara adalah percuma.

Mempelajari gerak-badan berkenaan daripada rakaman video

Anda boleh mempelajari gerak-badan Falun Dafa dengan menonton video sambil melakukannya. Rakaman video tersebut menayangkan Encik Li Hongzhi membuat tunjuk cara mengenai gerak-badan berkenaan. Ianya merangkumi penjelasan tentang corak pergerakan, intisari-intisarinya dan kesan-kesannya. Rakaman video berkenaan boleh di‘downloadkan’ dengan percuma dari Internet, dibeli dari kedai-kedai buku, ataupun dipinjam daripada pelatih Falun Dafa di tapak latihan tempatan.

Mempelajari Prinsip-Prinsip Falun Dafa dari buku-buku

Anda boleh mempelajari prinsip-prinsip Falun Dafa dengan membaca 2 buah buku utama yang ditulis oleh Encik Li Hongzhi – Falun Gong dan Zhuan Falun. Falun Gong ditulis dengan sistematik. Ianya merupakan buku pengenalan yang membincangkan qigong, memperkenalkan prinsip-prinsipnya dan memberi ilustrasi dan penerangan mengenai gerak-badannya. Kami mencadangkan mereka yang baru bermula dan mereka yang tidak mempunyai latar-belakang qigong bermula dengan membaca buku ini. Zhuan Falun adalah buku yang paling menyeluruh dan paling penting bagi latihan Falun Dafa. Tetapi ianya paling baik dibaca setelah seseorang itu memperolehi pengetahuan asas. Disunting dalam bentuk 9 ceramah, buku ini merupakan buku yang paling laris di Negara Cina pada tahun 1996. Bagi mereka yang sungguh-sungguh hendak melanjutkan latihan Falun Dafa, wajarlah mereka memahami Zhuan Falun secara menyeluruh. Seperti dengan rakaman video bagi latihan gerak-badan, kedua-dua buku ini boleh juga di "downloadkan" dengan percuma, beli dari kedai-kedai buku, pinjam dari perpustakaan tempatan, ataupun pinjam daripada pelatih-pelatih Falun Dafa di tapak-tapak latihan tempatan.

Menyertai Seminar Video 9-Sesi

Kumpulan Falun Dafa dari tapak-tapak latihan di seluruh dunia sering mengelolakan Seminar Video 9-Sesi. Seminar sedemikian merupakan cara yang paling menyeluruh untuk memulakan latihan Falun Dafa. Dengan mengikuti seminar sedemikian, peserta-peserta dapat menonton 9 ceramah yang disampaikan oleh Encik Li, mempelajari kesemua gerak-badan, dan berpeluang membincangkan latihan berkenaan dengan pelatih-pelatih lama. Seminar sedemikian juga percuma dan anda amat dialu-alukan.

Pengajaran percuma di tempat anda

Untuk memudahkan mereka yang berminat, yang tinggal di tempat-tempat yang tiada kumpulan latihan, pelatih-pelatih Falun Dafa rela mengaturkan temujanji untuk mengajar gerak-badan dan memperkenalkan latihan ini kepada mereka yang berminat. Biasanya mereka itu akan mengumpulkan beberapa orang kawan, menempah sebuah bilik di perpustakaan tempatan, dan menjemput pelatih-pelatih Falun Dafa datang mengajar mereka. Kebanyakan pelatih Falun Dafa rela mengajar mereka yang berminat, tanpa mengira berapa ramai dan di mana mereka berada. Sebagai contoh, pelatih California pernah pergi ke Guatemala dan pelatih Swedish pernah pergi ke Amerika Selatan untuk tujuan sedemikian. Ini juga percuma sama sekali.