Malaysia: Rangkaian TV Cina meliputi perarakan di Taiwan

Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia

(Falundafa.org.my)

Pada malam tarikh 7 Mac di Malaysia, stesen televisyen tempatan Cina, 8tv melaporkan perarakan Falun Gong di Taiwan, di mana mereka memprotes secara damai terhadap penindasan Falun Gong di China. Ratusan ribu orang melihat berita tersebut.

Perarakan Falun Gong dilaporkan sebagai “International Focus”. Berikut adalah transkrip daripada siaran berita.

“Sementara Kongres Rakyat di China sedang berlangsung, ratusan pelajar Falun Gong di Taiwan mengadakan perarakan, memprotes penindasan brutal terhadap pelajar Falun Gong yang dilancarkan oleh kerajaan China. Hadirin meminta perhatian terhadap penindasan ini dan membantu menghentikannya.

“Ratusan penyokong Falun Gong yang melalui Bangunan Presiden di Taipei dengan sepanduk, memprotes penindasan, dan mengedarkan bahan-bahan maklumat terhadap penindasan. Penganjur mengatakan bahawa ribuan pelajar Falun Gong di China masih ditindas.”


Versi Cina boleh diperolehi di http://www.minghui.org/mh/articles/2010/3/9/219494p.html
Versi Inggeris boleh diperolehi di http://clearwisdom.net/html/articles/2010/3/10/115253p.html