Malaysia: Pancaragam Alam Syurga membuat persembahan di Pertandingan Pancaragam Dunia Kuala Lumpur 2009 (Foto)

Oleh seorang pelajar Falun Gong

(Falundafa.org.my) Pertandingan Pancaragam Dunia Kuala Lumpur (KLWMBC2009) diadakan pada 15-19 Disember 2009, di Kuala Lumpur, Malaysia. Pancaragam Alam Syurga yang terdiri daripada pelajar Falun Gong di Malaysia dan Singapura, dijemput untuk mengambil bahagian dalam upacara pembukaan dan perarakan jalanan yang diadakan pada pukul 9 malam, 15 Disember 2009 di Golden Triangle di Jalan Bukit Bintang.


Pancaragam Alam Syurga menyertai upacara pembukaan dan perarakan jalanan di KLWMBC2009

Pancaragam Alam Syurga dijemput untuk membuat persembahan di pusingan separuh akhir KLWMBC2009

Pancaragam Alam Syurga bertindak sebagai Duta Besar Persembahan di Times Square, sebuah kompleks membeli-belah

KLWBC adalah dalam tahun ketiga di Malaysia, menarik 25 pasukan pancaragam dari 12 buah negara. Penganjur menganggarkan bahawa ia menarik 60,000 pengunjung. Pancaragam Alam Syurga tampil pada saat upacara pembukaan pada malam 15 Disember.

Perarakan jalanan bermula pada 9 malam. Pancaragam Alam Syurga bergerak maju semasa memainkan Falun Dafa Baik. Selepas pancaragam melalui pentas tetamu, ribuan penonton, yang membanjiri kedua-dua sisi jalan, bertepuk tangan dan bersorak. Pancaragam Alam Syurga juga memainkan Gendang dan Sangkakala Mengegarkan Dunia Sepuluh Arah, Kegembiraan, Kegembiraan Kepada Dunia dan lagu lain.

Pancaragam Alam Syurga juga dijemput untuk membuat persembahan di pusingan separuh akhir pada malam 17 Disember di Stadium Bola Sepak, Cheras.

Pancaragam berarak ke tengah tempat persaingan selepas diperkenalkan oleh pengacara dan memainkan beberapa lagu bergema. Sebaik sahaja, mereka menghabiskan persembahan, para penonton bertepuk tangan dan bersorak-sorak. Kemudiannya, penganjur menjemput pancaragam untuk bertindak sebagai Duta Besar Persembahan di Times Square, kompleks membeli-belah tajaan pertandingan ini.

Versi Cina boleh diperolehi di http://minghui.ca/mh/articles/2009/12/21/214791p.html
Versi Inggeris boleh diperolehi di http://www.clearwisdom.net/html/articles/2009/12/24/113327p.html