Malaysia : Perhimpunan untuk menyokong 63 juta orang 
	yang berani keluar daripada Parti Komunis China (PKC)  (Foto)
    
	Oleh seorang pelajar 
	Falun Gong di Malaysia 
    
(Falundafa.org.my) 
Jumlah orang yang telah 
	mendaftarkan nama di laman web 'The Epoch Times' tentang pengunduran diri 
	daripada Parti Komunis China (PKC) dan pertubuhan-pertubuhan gabungannya 
	melebihi 63 juta, maka Pusat Perkhidmatan untuk Keluar Daripada Parti 
	Komunis China (PKC) Malaysia mengadakan satu perhimpunan untuk menyokong 
	orang-orang yang berani ini pada 7 November 2009 di Taman Pandan Perdana, 
	Kuala Lumpur, untuk kali pertamanya. Orang ramai dari semua lapisan 
	masyarakat mengetahui mengenai perkembangan pesat gerakan keluar daripada 
	PKC yang sedang berlaku di China. Perhimpunan ini juga membantu polis 
	tempatan untuk mengetahui gerakan ini sebelum lawatan Hu Jin Tao, ketua PKC, 
	ke Malaysia pada 10 November.
	
| 
 Perhimpunan menyokong 63 
juta orang berani yang telah keluar PKC dan pertubuhan-pertubuhan gabungannya
 | 
| 
 Perhimpunan menyokong 
mereka yang telah keluar daripada PKC dan pertubuhan-pertubuhan gabungannya
 | 
    
Perhimpunan bermula dengan 
	persembahan Pancaragam Alam Syurga pada pukul 6.15 petang. Encik Pang dan 
	Encik Ng, jurucakap bahasa Cina dan bahasa Inggeris masing-masing, daripada 
	Pusat Perkhimatan untuk Keluar PKC, membacakan kenyataan yang menyokong 63 
	juta orang China yang cukup berani untuk keluar daripada PKC dan 
	pertubuhan-pertubuhan gabungannya.
	 
	Encik Pang menyatakan 
	bahawa PKC kejam menindas kumpulan-kumpulan beragama, pembangkang, pembela 
	hak asasi manusia dan mereka yang menegakkan keadilan. Dia mengatakan pihak 
	berkuasa daripada semua peringkat telah menyalahgunakan kuasa dan mengganggu 
	rakyat China biasa. Sebagai hasilnya, mereka yang tanpa kuasa mendapati 
	semakin sukar untuk terus hidup. 
	“Semakin 
	ramai orang telah mengetahui penindasan, melihat dengan jelas kejahatan PKC, 
	dan telah cukup berani untuk mengatakan 'Tidak' kepada PKC.
	Terkejut dengan 
	kekejaman PKC merampas organ daripada orang hidup, polis tempatan mengambil 
	bahan-bahan maklumat
	Semasa perhimpunan, banyak 
	warga mendekati untuk membaca sepanduk, dan sukarelawan pusat perkhidmatan 
	memberikan bahan-bahan maklumat dan menjelaskan kepada mereka kenapa 63 juta 
	orang China telah keluar daripada PKC setakat ini dalam sejarah.
	Oleh kerana ketua PKC akan 
	melawat Malaysia pada 10 November 2009, sejumlah pegawai-pegawai polis 
	datang ke perhimpunan ini. 
	Ketika sukarelawan Cik Chay 
	sedang berbicara dengan seorang lelaki mengenai gerakan keluar PKC, seorang 
	pegawai berpakaian biasa berasa ingin tahu dan berjalan berhampiran untuk 
	mendengar penjelasannya.
	Ketika Cik Chay, 
	bertanya kepada pegawai bertugas sudahkah dia membaca 9 Komentar Terhadap 
	PKC, dia menjawab, 
	“Sudah”. 
	Cik Chay meneruskan dan berkata, 
	“Kenapakah 
	begitu banyak orang China telah membaca 9 Komentar dan keluar daripada PKC 
	dan pertubuhan-pertubuhan gabungannya? Ini kerana PKC telah berbuat jahat 
	selama 60 tahun memerintah. Tindakan PKC yang paling brutal dalam beberapa 
	tahun ini bahawa ia sudah pergi amat jauh dengan merampas organ daripada 
	pelajar-pelajar Falun Gong secara hidup untuk mendapatkan keuntungan”.
	Pegawai bertugas berpakaian 
	biasa terkejut mendengar ini, dan meminta rakan-rakan sekerjanya untuk 
	mendapatkan lebih maklumat.
	Versi Cina boleh diperolehi di 
	
	
	
	http://minghui.ca/mh/articles/2009/11/9/212283p.html
    
Versi Inggeris boleh diperolehi di
	
	
	
	http://clearwisdom.net/html/articles/2009/11/11/112244p.html