Malaysia : Berbicara dengan orang ramai mengenai penindasan terhadap Falun Gong di sebuah Forum menderma organ (Foto)

Oleh seorang pelajar Falun Gong

(Falundafa.org.my) Pada tarikh 4-5 November 2009, Biro Pembangunan Muslim Malaysia, mengadakan satu forum di Kuala Lumpur untuk menggalakkan pendermaan organ. Organisasi penganjur menjemput pelajar Falun Gong untuk menyertai dan menetapkan sebuah gerai di tepi pentas untuk membenarkan mereka untuk mendedahkan kekejaman perampasan organ di komunis China, di mana pelajar Falun Gong dibunuh untuk organnya. Peserta forum mengambil bahan-bahan maklumat untuk mengetahui dengan lebih banyak dan terkejut dengan situasi di China.

 

Peserta-peserta forum meminta maklumat

 

Pelajar memberikan bahan-bahan maklumat kepada peserta-peserta forum

 

Ada peserta-peserta forum meninggalkan maklumat hubungan untuk tindakan lebih lanjut

Sekurang-kurangnya 500 orang menghadiri forum ini, termasuk pegawai kerajaan dan media. Peserta-peserta melalui gerai Falun Gong semasa istirahat dan makan tengah hari. Kebanyakan mereka berhenti untuk mendengar penjelasan pelajar dan mendapatkan lebih banyak maklumat. Pelajar-pelajar mengedarkan laporan bebas oleh Encik Matas dan Encik Kilgour mengenai perampasan organ secara hidup-hidup oleh PKC. Seorang wartawan daripada biro berbicara dengan pelajar lebih daripada 20 minit. Kebanyakan meninggalkan maklumat hubungan untuk tindakan lebih lanjut.  

Versi Cina boleh diperolehi di http://www.minghui.org/mh/articles/2009/11/7/212121p.html
Versi Inggeris boleh diperolehi di http://clearwisdom.net/html/articles/2009/11/8/112186p.html