Malaysia : Pelajar mengingati ulang tahun ke-10 pada Rayuan April 25, memanggil untuk mengakhiri penindasan (Foto)

Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia

(Falundafa.org.my)  Untuk memperingati ulang tahun ke-10 rayuan aman April 25, pelajar Falun Gong di Malaysia berkumpul di hadapan konsulat China pada 10 pagi pada hari 25 April, 2009 untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai peristiwa itu dan memanggil untuk mengakhiri penindasan yang dipaksa oleh Parti Komunis China (PKC).

Sejumlah pegawai kerajaan tempatan dan media datang untuk mengetahui kejadian ini. Pelajar memegang sepanduk besar, menarik perhatian daripada orang yang melalui.


Pelajar Falun Gong di Malaysia mengadakan aktiviti di hadapan konsulat China untuk mengingati ulang tahun ke-10 Rayuan April 25.


 Aktiviti peringatan Falun Gong, 'Rayuan April 25', di hadapan konsulat China menarik perhatian beberapa pegawai kerajaan dan media.

Pelajar Falun Gong Cik Zhang berkata, Sepuluh tahun yang lepas, rayuan warganegara yang mematuhi undang-undang kemudiannya difitnah PKC sebagai 'mengepung Zhongnanhai', dan kepimpinan PKC menggunakannya sebagai satu alasan untuk memulakan kempen penindansan terhadap Falun Gong. Namun, kempen untuk memusnahkan Falun Gong telah menolak Falun Gong ke pentas dunia dan memberikan peluang kepada semua orang di dunia untuk mempelajari Falun Gong.

"Sehingga hari ini, Falun Gong telah menyebar ke lebih daripada lapan puluh jenis negara, dan telah dianugerahkan lebih daripada seribu penghargaan dan pengiktirafan daripada negara-negara di seluruh dunia. Rayuan April 25 mungkin seketika dalam sejarah panjang umat manusia, tetapi ia telah mengambarkan kedamaian dan kasih sayang pelajar Falun Gong serta ketekadan mereka untuk mencari kebebasan kepercayaan.

Cik Zhang meneruskan, Rayuan April 25 ialah permulaan usaha rasional anti-penindasan Falun Gong. PKC menuntut ia akan menghapuskan Falun Gong dalam tiga bulan, semua mimpinya telah hancur. Sepuluh tahun telah berlalu, berdepan dengan penindasan ketidakperikemanusian dan kejam PKC, pelajar Falun Gong, telah mengalamai tekanan besar di tengah-tengah kesengsaraan, ada yang masih berkasih sayang dan toleransi, berani dan tabah. Mereka telah mengklarifikasikan fakta tentang Falun Gong dan mendedahkan dusta PKC dan kekejaman penindasan. Pelajar Falun Gong akan meneruskan usaha mereka sampai penindasan dihentikan.

Pekerja konsulat China menerima bahan-bahan maklumat klarifikasi kebenaran

Pada pengakhiran acara pengingatan, pelajar Falun Gong menyampaikan kesemua dokumen-dokumen dan bahan-bahan maklumat klarifikasi kebenaran kepada dua orang pekerja konsulat China, yang menerima bahan-bahan maklumat daripada penjaga keselamatan.


(1)
   Pelajar Falun Gong menyampaikan dokumen-dokumen berkenaan dan bahan-bahan maklumat klarifikasi kebenaran kepada konsulat China

Jurucakap pelajar Falun Gong Encik Xie berkata, Usaha keamanan dan anti-penindasan rasional Falun Gong telah berlangsung selama sepuluh tahun. Kami berharap bahawa mereka [pekerja konsulat China] akan memikirkan tentang kebaikan dan kejahatan, benar dan salah, dan berhenti menindas Falun Gong, tidak lagi melakukan apa-apa yang membantu diktator berbuat jahat, memposisikan mereka di pihak yang baik, dan mencipta masa depan yang indah bagi diri sendiri dan keluarga.

 

Versi Cina boleh diperolehi di http://www.minghui.ca/mh/articles/2009/4/27/199805p.html

Versi Inggeris boleh diperolehi di http://clearwisdom.net/html/articles/2009/4/29/106924p.html